Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Idris Jala mengatakan negara akan bankrap menjelang 2019 sekiranya kita tidak melakukan penstrukturan subsidi dan beliau menghebahkan cadangan makmal subsidi kepada awam. Naik harga itu dan ini. Potong subsidi sana dan sini. Saya tak pasti apakah rasionalnya untuk Idris Jala mengumumkan sesuatu yang belum dibincangkan dan diputuskan oleh kabinet. Adakah Idris Jala gagal melihat perbezaan antara menguruskan kerajaan dan menguruskan Shell? Seorang blogger merumuskan, “Kalau nak naik harga barang, undilah Barisan Nasional.” Bunyi propaganda, tetapi saya tidak mahu menyalahkan dia.Yang membuat dia faham begitu ialah Idris Jala – the arm chair politician!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan