Salam sejahtera dan salam pengenalan daripada Perakasa Besut.
Sebagai mukadimah kepada Perkasa Besut salam sejahtera untuk semua yang mengikuti perkembangan Perkasa Besut. Untuk mekluman semua Perkasa Besut adalah Bahagian Perkasa yang Pertama dalam Negeri Terengganu yang telah dilancarkan oleh Presiden Perkasa Malaysia YB Dato' Paduka Ibrahim Ali pada awal Februari 2010.
Untuk pengetahuan semua pembaca perjuangan Perkasa adalah untuk membela dan mempertahankan hak orang Melayu dan Bumiputera di Malaysia. Mungkin ada yang akan mengatakan bahawa perjuangan Perkasa agak perkauman. Namun Perkasa sedikit pun tidak mencemburui apa yang telah dimiliki oleh kaum lain. Perjuangan ini tidak lebih daripada untuk mengingatkan orang Melayu dan Bumiputera agar jangan terlalu leka dan lalai dengan apa yang telah mereka miliki hari ini.
Mungkin juga ada yang akan mengatakan perjuangan Perkasa tidak islamik. Namun bagi orang Melayu islam adalah prasyarat untuk mendapat takrifan melayu. Maknanya bila disebut orang Melayu secara automatisnya seseorang itu mesti beragama islam.
Cabaran politik terkini menggambarkan kedudukan polotik Melayu hari ini agak goyah. Semua tahu dan bercakap mengenai Tsunami politik Malaysia, tapi tak ramai berfikir mengenai kesan kepada politik Melayu. Pada saya kemunculan Perkasa adalah tepat pada masanya. Setidak-tidaknya masih ada orang Melayu yang akan mengingatkan bahawa orang Melayu dan Bumiputera kini tercabar dan tersepit.
Cukuplah dahulu untuk salam pengenalan dan sekiranya terdapat ruang masa kita akan terus menulis. Tumpuan tulisan agak bebas berkaitan POLITIK, SOSIAL DAN EKONOMI. terima kasih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan